Khamis, 27 Mei 2010

Pemakaian inai bercorak

Sekarang yang boleh kita lihat..ramai para wanita dan gadis yang suka memakai inai..pada hari raya,pertunangan,perkahwinan dan semasa sekolah..

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah...

Namun,kadar pemakain inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja,manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan...

Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula,corak atau ukiran daun dan tumbuhan adalah dibenarkan,manakala corak haiwan,lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang...

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan...