Sabtu, 7 Ogos 2010

Penawar bagi segala penyakit..

Pada suatu malam,Imam Abi al-Qasim bermimpi berjumpa Rasulullah lalu mengadu kepada Nabi mengenai penyakit yang di hadapi anak lelakinya.

Dia sudah puas berikhtihar tetapi penyakit anak lelakinya tidak juga sembuh.Nabi lalu bersabda kepadanya:"Apakah kamu tidak pernah membaca ayat-ayat yang menjadi penawar penyakit dalam al-Quranul Karim?"

Sebaik Rasulullah bertanya soalan itu,Abi al-Qasim terjaga.Beliau lalu mengingati ayat-ayat yang jelas maksudnya menjadi penawar segala penyakit yang pernah dibacanya dalam al-Quran seperti berikut:

"Dan apabila aku sakit,Dialah yang menyembuhkan aku."(Surah asy-Syu'ra ayat:80)

"dan melegakan hati orang-orang yang beriman."(Surah at-Taubah ayat:14)

"Katakanlah:Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman..."(Surah al-Fushilat ayat:44)

"Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian."(Surah al-Israak ayat:82)

"Hai manusia,sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Robbmu dan penyembuhan bagi penyakit-penyakit yang berada yang berada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman."(Surah Yunus ayat:57)

"...dari perut lebah itu keluar minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia."(Surah an-Nahl ayat:69)


Abi al-Qasim lalu menjadikan ayat-ayat tersebut sebagai amalannya dengan niat untuk menyembuhkan anak lelakinya.Alhamdulillah.penyakit anak lelakinya beransur-ansur sembuh dengan izin Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan