Jumaat, 16 April 2010

Islam


Islam adalah sebagai al-Din,garis panduan atau sistem hidup yang menyeluruh. Ianya merangkumi seluruh aspek samada manusia dengan Allah SWT,manusia dengan manusia,malah manusia dengan alam.Tidak seperti agama lain yang secara umumnya terbatas kepada hubungan manusia dengan tuhan sahaja...

Sebagaimana kita lihat kini,ramai daripada golongan yang bukan Islam telah memeluk Islam.Subhanallah,Maha Suci Allah telah memberi hidayah dan membuka pintu hati mereka untuk menerima Islam sebagai agama yang suci.Lahir kembali sebagai seorang insan yang beragama Islam sesudah mengucapkan dua kalimah syahadah.Mereka ini adalah ibarat bayi yang baru lahir,seumpama sehelai kain putih yang bersih yang perlu diwarnakan dengan warna iman-iman...Semoga saudara-saudara baru sentiasa dibawah payung petunjuk Allah dan mempunyai semangat menegakkan syiar Allah SWT...
Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam,maka tidak akan diterima daripadanya,dan ia pada akhirat kelak dari orana-orang yang rugi."
Malah,ramai orang yang bukan beragama Islam juga tahu mengenai Islam..tapi kita tidak mempraktikkannya dan ditegur..adakah kita tidak mempunyai sifat malu dihadapan mereka???Sedarlah wahai saudara-saudaraku...kita sepatutnya bersyukur dilahirkan sebagai Islam..bukannya hanya sekadar mengatakan "saya orang Islam"..tidak cukup memadai dengan itu sahaja..adakah ia dipanggil Islam sedangkan tidak tahu solat..?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan