Ahad, 18 April 2010

Perkahwinan


Seperti yang kita lihat sekarang..kebanyakkan perkahwinan tidak harmoni dan terlerai apabila berada di pertengahan jalan..yang mungkin akan menjadi mangsa adalah anak-anak,adalah jika mereka dikurniakan anak oleh Allah SWT..

Subhanallah..Allah telah menjadikan setiap makhluk-Nya memerlukan dan mempunyai pasangan.Mereka tidak dapat meneruskan kehidupan secara bersendirian kerana mereka diciptakan berpasangan..

Firman Allah SWT maksudnya;

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan;sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi,atau dari diri mereka ,ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya"(Yasin:36)

Dari sudut yang saya kaji bahawa,banyak intitusi kekeluargaan runtuh oleh sebab tidak bersefahaman lagi,terlalu terburu-buru memilih pasangan dan sifat cemburu dan marah yang melampau dengan erti kata memuaskan kata-kata nafsu yang menguasai diri dan dihasuti syaitan laknatullah...

Oleh itu,sebelum perkahwinan Islam telah menggariskan panduan untuk memilih bakal suami dan isteri..Islam telah menganjurkan supaya memilih pasangan yang mempunyai sifat ruhaniah dan jasmaniah yang baik...dan mengenalpasti sifat fizikal dalam memilih pasangan...

Terdapat beberapa hukum perkahwinan dalam Islam:
  • Harus:Hukum asal sesebuah perkahwinan adalah harus ,iaitu bolah samada hendak berkahwin ataupun tidak.
  • Wajib:Bagi yang berkemampuan dan mengelakkan kepada kemugkaran jika tidak berkahwin.Jika tidak mampu hendaklah ia berpuasa kerana berpuasa boleh mengawal nafsu.
  • Sunat:Bagi mereka yang berhajat serta cukup syarat dan kemampuan.
  • Haram:Bagi yang tidak cukup kemampuan dan tidak bertanggungjawab untuk mengelakkan keruntuhan insitusi perkahwinan dan masa depan anak-anak.
  • Makruh:Bagi yang tidak mampu memberi nafkah kerana sesuatu sebab.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan