Sabtu, 17 April 2010

Wanita


Cuba kita lihat pada sesetengah para wanita-wanita sekarang berpakaian,cara pergaulan mereka dengan lelaki..macam tiada perasaan malu dengan orang lain,apatah lagi perasaan malu terhadap Allah SWT..
Astagfirullah...Bertaubatlah segera sebelum nyawa kita ditarik dari jasad..kita tidak akan tahu bila kita akan bernafas lagi,nyawa ini boleh ditarik dari jasad pada bila-bila masa sahaja,ingatlah..jasad kita adalah milik Allah SWT..Semua yang ada di muka bumi dan dunia ini adalah milik Allah..Kita tidak punya apa-apa pun...Insaflah para wanita dan lelaki yang melakukan larangan-Nya..
Dunia ini adalah ibarat jambatan yang sangat singkat untuk kita menuju ke akhirat...Mungkin dunia adalah penjara buat umat Islam,tapi ingatlah akhirat adalah syurga yang abadi buat hamba-hamba-Nya yang mengikuti perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya..

Kepada para muslimat, Allah telah menjelaskan syarat-syarat yang wajib di dipenuhi bagi pakain wanita Islam dalam firman-Nya:
"Hai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu,dan isteri-isteri orang mukmin:"Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka."Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal,kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(Al-Ahzaab:59)
Untuk kerudung kepala,telah Allah SWT jelaskan dengan firman-Nya:
"Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya."
Allah SWT juga melarang wanita berlagak dan mempertontonkan kecantikannya,dalam firman-Nya:
"Dan janganlah kamu berhias danbertingkah laku seperti orang jahiliyah yang dahulu." (Al-Ahzaab:33)

Dulu di zaman jaliliyah sebelum kedatangan agama Islam kaum wanita
banyak yang melemparkan hujung kerudung kepala mereka ke arah punggung,dengan memperlihatkan leher dan telinga mereka.

Sebagaimana yang kita lihat kini,banyak fesyen-fesyan tudung sekarang adalah jarang walaupun labuh hingga menampakkan telinga dan leher.Ada juga yang semata-mata ingin menutup rambut sahaja dan leher diperlihatkan kepada orang ramai..

Masyallah..semakin hari semakin pendek tudung yang dipakai... tapi,Alhamdulillah masih ada lagi para-para muslimatkan yang menutup kerudung mengikut yang telah di syariatkan Allah SWT dan istiqamah memakainya...

1 ulasan:

  1. > > > KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

    . Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

    > > > KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

    > > > KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
    > > >
    > > > KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

    > > > KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

    > > > KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

    > > > KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

    > > > KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

    > > > KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

    > > > KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

    > > > KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian

    ya ALLAH, moga diriku terhindar dari kesalahan2 tersebut, amin.

    BalasPadam